Skip to content

Instantly share code, notes, and snippets.

@fakhrullah
Last active August 16, 2016 18:39
Show Gist options
  • Star 0 You must be signed in to star a gist
  • Fork 0 You must be signed in to fork a gist
  • Save fakhrullah/5270914cc642f846ca5374d424cde80f to your computer and use it in GitHub Desktop.
Save fakhrullah/5270914cc642f846ca5374d424cde80f to your computer and use it in GitHub Desktop.

Nota belajar git dan github

Saya berhajat nak menulis buku panduan git dan github. Sebab nak ajak orang bekerjasama. Tapi setakat ini, saya tak jumpa artikel yang terbaik untuk orang-orang yang tak berapa teknikal. Jadi kat sini, saya senaraikan artikel2 yang boleh dijadikan rujukan.

Senarai pautan artikel berkaitan git dan github

Bahasa Melayu

  1. Buku git tulisan @kidino dan rakan-rakan - http://kidino.github.io/buku-git
  2. Artikel untuk menjadi penyumbang di github oleh kamal @k4ml - http://devkini.xyz/langkah-pertama-penyumbang-github/

Bahasa Inggeris

  1. Artikel di Stackoverflow ini menjawab secara jelas, langkah demi langkah untuk menjadi penyumbang di github. Malah, inilah artikel yang menjadi rujukan saya apabila menghantarkan pull-request yang pertama. Walaupun, pada tarikh artikel ditulis, _pull-request_ku belum lagi diterima. - http://stackoverflow.com/questions/20956154/whats-the-workflow-to-contribute-to-an-open-source-project-using-git-pull-reque
  2. Artikel ini dari github. Dalam artikel ini, diberikan beberapa tip untuk menjadi penyumbang yang berhemah. Dalam proses kolaborasi untuk projek besar misalnya, setiap orang sibuk dengan kerja masing2. Jadi, penyumbang perlulah mengikut cara-cara menyumbang yang telah ditetapkan oleh pengurus projek. Contohnya dengan membaca fail contributing.md dan faham cara menyumbang sebelum menyumbangkan sesuatu. - https://guides.github.com/activities/contributing-to-open-source/
  3. Artikel dari git-scm sebuah website yang menjadi rujukan utama pengguna git. Dalam artikel ini, diajarkan tentang workflow dan cara menyumbang mengikut workflow tertentu. Kebebasan menggunakan git menjadi kekuatan git yang dalam pada masa yang sama menjadi kelemahan sebab tiadanya standard. Standard penting supaya semua orang melakukan sesuatu mengikut cara yang sama. Artikel ini penuh dengan gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Tapi sekali tengok, mungkin anda akan rasa hilang motivasi nak membacanya sebab terlalu panjang. Apa pun, saya dah baca, ia sangat menarik. Perlukan sedikit fokus juga. - https://git-scm.com/book/en/v2/Distributed-Git-Contributing-to-a-Project
  4. Artikel ini lebih kurang sama dengan artikel 1 (jawapan di stackoverflow). Perbezaannya, ia menunjukkan langkah lebih awal, seolah-olah anda belum lagi menggunakan git lagi. Dan artikel ini fokus sepenuhnya dengan github. - https://parbhatpuri.com/git-workflow-to-contribute-to-an-open-source-project.html
  5. Satu lagi artikel yang fokus langkah demi langkah untuk menyumbang di github. - http://kbroman.org/github_tutorial/pages/fork.html
  6. Artikel ini ditulis seorang perempuan. Saya suka artikel ini, sebab dia menceritakan macam mana perasaan takut untuk menyumbang di projek sumber terbuka sebab rasa diri tak cukup ilmu berbanding dengan orang lain. Kemudian dia jelaskan bagaimana dia mulakan dengan menyumbang di projek yang kecil, sehinggalah sekarang ini. Apa yang boleh disimpulkan di sini, jangan takut dan mulakan langkah pertama di tempat yang rendah dulu. - https://www.natashatherobot.com/beginners-contributing-to-open-source/
  7. Lebih kurang sama dengan artikel di 6. Cuma kali ini penulisnya lelaki. Dia menceritakan bagaimana dia menyumbang dengan memberitahu masalah perisian dan membuka issue di github. Kemudian dia pun menghantarkan pull-request membaiki masalah yang dialaminya.
  8. Satu lagi artikel yang ditulis oleh perempuan. Saya suka baca artikel ini. Artikelnya memulakan dengan emosi takut orang-orang baru bila nak mula menyumbang di sumber terbuka. Saya pernah dengar yang orang perempuan ni emosinya 90%, akal 10%. Saya tak setuju dengan pendapat tu terlalu ekstrim. Tapi saya setuju yang orang perempuan bila bercakap, emosi tu menjadi sesuatu perkara yang penting. - https://www.toptal.com/open-source/open-source-not-that-scary
  9. Lagi artikel dari orang perempuan. Mula-mula dia kata jangan takut untuk menyumbang. Kemudian, dia memberi penerangan tentag git. Lepas tu baru dia mengajarkan cara mendaftara dan memulakan akaun di github. Dan pada hujungnya diajar langkah demi langkah untuk menyumbang di github.- https://www.toptal.com/open-source/open-source-not-that-scary
  10. Artikel ini mengajar tentang git workflow dengan github dengan sedikit nasihat tentang best practice. - https://sklise.com/2012/10/07/git-workflow-beginner/
  11. Lebih kurang sama dengan artikel no 10, tapi tiada nasihat tentang best practice. Artikel ini terus mengajarkan langkah demi langkah menyumbang digithub dengan workflow yang diajar di laman web github. - http://blogs.atlassian.com/2014/01/simple-git-workflow-simple/
  12. Artikel ini tentang jenis2 workflow. Artikel dari pemilik bitbucket pesaing github. Ada 4 jenis git workflow yang diterangkan. Artikel yang panjang ini ditulis dengan jelas berserta gambar rajah. Saya suka artikel ini sebab gambarrajahnya memberi penerangan yang sangat kemas. - http://blogs.atlassian.com/2014/01/simple-git-workflow-simple/
  13. Artikel ini menerangkan langkah demi langkah menyumbang di github. - https://akrabat.com/the-beginners-guide-to-contributing-to-a-github-project/

Best Practice

Senarai best practice yang saya rasa best. Sesetengah orang ada rasa (taste) tersendiri.

  1. Pastikan sejarah git yang linear. Artikel ini menerangkan beza antara linear dan tak linear. Sejarah git yang linear memudahkan kita lihat perubahan yang dibuat. - http://www.bitsnbites.eu/?p=221
Sign up for free to join this conversation on GitHub. Already have an account? Sign in to comment