Skip to content

Instantly share code, notes, and snippets.

@lomotech
Last active May 14, 2016 10:31
Show Gist options
  • Save lomotech/41454b2b66ede582fcea425de0167d88 to your computer and use it in GitHub Desktop.
Save lomotech/41454b2b66ede582fcea425de0167d88 to your computer and use it in GitHub Desktop.
Starbuck Haram (Lagi)

TL; DR;

Ini semua fitnah. Malangnya manusia itu tidak mahu belajar. Tahun depan akan ada lagi. Cuma nama yang bertanggungjawab akan bertukar.

Baca: Matlamat boikot itu tak menghalalkan untuk memfitnah.

Pendahuluan

Aku pernah menulis tentang perkara ini dahulu dalam blog. Tetapi malang sekali blog tersebut telah hilang dan aku lupa untuk masukkan kedalam blogspot supaya apa yang ditulis paling tidak tetap akan ada di sesuatu tempat yang boleh dianggap ‘kekal’.

Maka aku rasa wajib bagi aku untuk tulis kembali isu ini dan terangkan secara seterperinci yang aku mampu tentang Starbuck Haram ini.

Nota Utama Pengharaman Starbuck

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000.

12 Januari 2004

Sumber: http://www.oocities.org/zuluitm/isubabi.htm[1] Ada dua perkara yang perlu diambil kira dalam maklumat ini;

  1. Nama punca email (kemungkinan juga foward daripada orang lain) : Zahri, Dell APCC Test Deployment, F604-5044450
  2. Norhazlan Nordin. Orang yang menyambung email foward ini kepada zuluitm kemungkinnannya.
  3. Nama orang yang bertanggungjawab. Halimah Binti Hamzah, Pasukan petugas program MS ISO 9002, Jabatan Imigresen Malaysia.
  4. Nota dalam bahasa inggeris.

13 April 2006

Sumber: http://myquran.or.id/forum/archive/index.php/t-534.html

  1. Di dalam pautan tersebut ada komen di bawah mengatakan kes ini juga pernah berlaku kepada Pepsi dan Coca-cola yang dikatakan megandungi alkohol.
  2. Sedih kerana satu forum yang menggunakan simbol Islam, Quran tidak mampu untuk menggunakan kaedah siasat sebelum sebar. Malangnya lepas tu pun banyak yang guna indentiti Islam sebarkan.
  3. Walaupun lamannya dari Indonesia, tetapi masih menggunakan teks yang sama seperti 2004.

5 Mei 2006

Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=346105

  1. Teks asal, tiada tambahan.

4 Julai 2006

Sumber: http://suhana87.blogspot.my/2006/07/what-you-are-eating-could-be-haram.html

  1. Tidak mempunyai teks penuh tetapi sebahagian.
  2. Mempunyai tambahan iaitu (MUIS) kurang pasti dia maksudkan sebagai Majlis Ugama Islam Sabah atau Majlis Ugama Islam Singapura atau yang lain.

30 Mac 2007

Sumber: https://www.mail-archive.com/info@rw14.web.id/msg00177.html

8 September 2007

Sumber: http://nzrasuffian.blogspot.my/2007_09_01_archive.html

  1. Kemungkinan besar sebelum TAHUN 2008 Starbuck tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim, dan disebabkan itu jakim tidak boleh mengeluarkan sebarang penafian kepada tuduhan tersebut.

6 Januari 2008

Sumber: https://mohdnajmie.wordpress.com/2008/01/06/halal-do-we-even-care/

The thing is, why do they refuse to apply the halal symbol?

  1. Mungkin starbuck masih belum dapat sijil daripada jakim pada masa ini.

11 Mac 2008

Sumber: https://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg02177.html

7 April 2008

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar dalam e-mel kepada Kosmo! menjelaskan, siasatan mereka mendapati, dakwaan pihak tertentu itu tidak berasas.

  1. Jakim telah menafikan tuduhan tersebut dalam Kosmo!. Mungkin masa ini, barulah sijil halal Jakim kepada starbuck keluar.
  2. Malangnya orang kita lebih suka yang negatif daripada positif.

20 April 2008

Sumber: http://forum.dudung.net/index.php?topic=10359.0

  1. Penafian Jakim tak laku. Warga internet masih menyebarkannya.

14 Oktober 2008

Sumber: http://indonesia.faithfreedom.org/forum/viewtopic.php?f=84&t=29122

  1. Bukan setakat Starbuck & Coffee Bean, tetapi banyak lagi yang dituliskan.
  2. Artikel dirujuk kepada http://halalguide.org/Starbuck_ haram.html
  3. Masa artikel ini ditulis aku tak dapat nak masuk ke laman halalguide tersebut. Dahulu boleh.

2009

  1. Aku gagal menemui sebarang artikel yang dikeluarkan pada tahun 2009 berkaitan dengan perkara ini. Mungkin daripada efek penafian Jakim tersebut masih ada kesannya.

1 Mac 2010

Sumber: https://groups.yahoo.com/neo/groups/sagah/conversations/topics/1821

  1. Teks yang hampir sama dengan sedikit penambahan

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN... MENCARI YANG HALAL ITU FAR'DHU http://halalguide.org/Starbuck_ haram.html

  1. Tektik ‘mencari yang halal itu fardhu’. Menyiasat perkara sebelum menyebar itu bukan satu tuntutan juga?

10 Disember 2010

Sumber: http://www.haqqanisoul.com/profiles/blogs/starbucks-is-haramby-malaysian

  1. Teks sama, tiada perubahan.

10 April 2011

Sumber: http://fathaka.blogspot.my/2011/04/starbucks-disahkan-haram-jakim.html

  1. Isu timbul balik.
  2. Teks masih sama seperti 2004.

11 April 2011

Sumber: http://thegossipgeek.blogspot.my/2011/04/starbucks-is-now-equal-to-pork.html

  1. Aku kurang pasti macam mana blogger boleh buat blog post perkara yang serius (bagi aku) dengan hanya bersandarkan kepada blog satu lagi (rujuk 10 april 2011) yang tak popular?

24 April 2011

Sumber: http://www.twitlonger.com/show/a21d3b

  1. via Twitter, oleh Sham Kamikaze.

1 Ogos 2011

Sumber: http://thexblogbm.blogspot.my/2011/08/kedai-kopi-yahudi-starbuck-ada-babi.html

  1. Teks telah dialih bahasa kepada bahasa malaysia[2].

STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dari animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yang dicelop dalam arak & the tiramisu ada RUM.Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.

3 Ogos 2011

Sumber: http://bunnylop.blogspot.my/2011/08/starbucks-tidak-halal.html

8 Ogos 2011

Sumber: https://forum.lowyat.net/topic/1989100/all

2012-2015

Aku dah lost track benda ni. Patutnya ada penafian sekali lagi daripada pihak jakim dalam isu ni. Circa 2014-2015.

10 Mei 2016

Sumber: https://www.facebook.com/232206486938632/posts/614245315401412

  1. Ayat baharu.

Bye bye starbucks.. STARBUCKS TELAH DISAHKAN HARAM! Oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yang dicelop dalam arak & the tiramisu ada RUM.Tlg sebar kat kekawan Islam. Untk info hubungi JAKIM 03 - 8886 4000. MESTI SEBARKAN. Assalamualaikum. Daripada Dr. Zahazan Mohammad (TBSB). Harap anda tidak membiarkan msg ini berhenti pd inbox anda shja. Wallahualam. Harap Maklum.

  1. Menggunakan nama orang yang dikenali yang lain, iaitu Dr Zahazan.

Kesimpulan

  1. Orang kita suka benda sensasi.
  2. Orang kita malas mengkaji benda macam ni
  3. mono diglycerides la bukan mono diglycerideswhich. Which tu typo daripada nota asal dalam bahasa inggeris.

Footnote

[1] oocities adalah laman sesawang mirror kepada geocities. [2] Ini adalah pertama kali aku jumpa teks ditukar kepada bahasa malaysia. Sumber asal tak pasti.

ini adalah test

Sign up for free to join this conversation on GitHub. Already have an account? Sign in to comment