Ini semua fitnah. Malangnya manusia itu tidak mahu belajar. Tahun depan akan ada lagi. Cuma nama yang bertanggungjawab akan bertukar.
Baca: Matlamat boikot itu tak menghalalkan untuk memfitnah.
Aku pernah menulis tentang perkara ini dahulu dalam blog. Tetapi malang sekali blog tersebut telah hilang dan aku lupa untuk masukkan kedalam blogspot supaya apa yang ditulis paling tidak tetap akan ada di sesuatu tempat yang boleh dianggap ‘kekal’.
Maka aku rasa wajib bagi aku untuk tulis kembali isu ini dan terangkan secara seterperinci yang aku mampu tentang Starbuck Haram ini.